150kg buah dokong tanpa permit dirampas

Lori yang dikesan cuba membawa masuk buah dokong tanpa mematuhi syarat permit di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam.
Lori yang dikesan cuba membawa masuk buah dokong tanpa mematuhi syarat permit di ICQS Bukit Kayu Hitam semalam.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas sejumlah 150 kilogram (kg) buah dokong di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam di sini semalam.

Pengarah Maqis Kedah, Lily Rosalind berkata, sebuah lori dikesan cuba membawa masuk bakul mengandungi buah dokong dianggarkan bernilai RM240 ketika pemeriksaan dilakukan di kompleks itu.

"Pemeriksaan mendapati buah dokong yang cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import iaitu gagal mematuhi Penggredan, Pembungkusan dan Pelabelan.

"Susulan itu, kita telah menggagalkan cubaan membawa masuk dan merampas keluaran pertanian seberat RM150kg dari Thailand di Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Lily lagi, kegagalan mengemukakan maklumat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 15(2) akta yang sama," katanya.

Tambah beliau, Maqis akan memperluaskan lagi tindakan penguatkuasaaan undang-undang di semua pintu masuk negara bagi memastikan tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian dan mikroorganisma yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit dan bahan cemar.

Artikel Berkaitan: