X

Kindly register in order to view this article
!

Covid-19: 354 kes positif, enam kematian hari ini

Dr NOOR HISHAM
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Sebanyak 354 kes baharu positif koronavirus (Covid-19) dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, hanya dua kes import dan 352 penularan dalam negara.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 adalah 14,722 kes. Oleh ini, jumlah kes aktif 3,863 kes," katanya. Menurutnya, Sabah mencatatkan 274 kes iaitu 77.4 peratus daripada kes penularan dalam negara.

"Ini susulan lebih banyak aktiviti saringan dijalankan di lapangan terutama di tujuh daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)," katanya pada sidang media harian di sini, hari ini.

Beliau berkata, Kedah hanya mencatat 10 kes iaitu 2.82 peratus susulan kejayaan kawalan bagi Kluster Tembok di penjara- penjara.

"Negeri-negeri Lembah Klang pula merangkumi 10.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes iaitu Selangor mencatat 24 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10 kes dan Wilayah Persekutuan Putrajaya, dua kes," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, sehingga kini, 68 kes positif Covid-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 25 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan menerima enam laporan kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di negara ini adalah sebanyak 152 kes iaitu bersamaan 1.03 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.

Berdasarkan ringkasan kes kematian, kesemua kes terlibat berlaku di Sabah. Ia melibatkan tiga pesakit lelaki dan tiga wanita yang berumur dari 54 hingga 68 tahun dan ada antaranya mempunyai penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis serta asma. Sementara itu, terrdapat 188 kes yang telah pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes yang telah pulih adalah 10,707 kes iaitu 72.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!