Ibu pejabat Jakim ditutup sehingga 20 Oktober

Jakim menutup ibu pejabatnya di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.
Jakim menutup ibu pejabatnya di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi mengekang penularan Covid-19.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menutup ibu pejabatnya di Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3 di sini bermula hari ini sehingga 20 Oktober bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Jakim dalam satu kenyataan semalam berkata, penutupan itu turut melibatkan pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Timbalannya, Ahmad Marzuk Shaary.

Menurut Jakim, penutupan itu juga bagi memberi ruang kepada proses sanitasi di keseluruhan bangunan Jakim.

“Semua operasi harian Jakim dihadkan melalui perkhidmatan dalam talian sahaja.

“Jakim akan beroperasi semula pada 21 Oktober,” menurut kenyataan tersebut.

Zulkifli kelmarin mengesahkan beliau positif Covid-19 dan kini menjalani rawatan di hospital.

Artikel Berkaitan: