Produk Xorra Body Wash gabungan kecantikan, sains

Zohrah (kiri) bersama Cik Manggis yang diperkenalkan sebagai duta Xorra Body Wash: The Science of Care ketika pelancaran produk itu di Cyberjaya Selasa lalu.
Zohrah (kiri) bersama Cik Manggis yang diperkenalkan sebagai duta Xorra Body Wash: The Science of Care ketika pelancaran produk itu di Cyberjaya Selasa lalu.
A
A
A

FARMASIA Sdn Bhd menawarkan produk sabun mandian yang berasaskan tumbuhan dan alam semula jadi dengan melancarkan Xorra Body Wash: The Science of Care di Cyberjaya Selasa lalu.

Pengarah Urusannya, Zohrah Razak berkata, syarikatnya menjadi pengedar ubat-ubatan ke seluruh negara sejak tahun 2009.

Bagaimanapun katanya, beliau melihat industri kecantikan sangat berkembang dan golongan yang mahu menceburi bidang itu mudah untuk memasarkan produk.

“Bagaimanapun syarikat kami bukan buat sesuka hati semata-mata pasaran yang besar dan sebagai syarikat yang berpengalaman dalam industri farmaseutikal, kami menggabungkan kecantikan dan sains itu dalam Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya," katanya pada majlis pelancaran Xorra Body Wash: The Science of Care iaitu Cik Manggis di Cyberjaya Selasa lalu.

Pada majlis itu, Farmasia Sdn Bhd turut memperkenalkan Cik Manggis sebagai duta Xorra Body Wash: The Science of Care.

Beliau berkata, Xorra Body Wash: The Science of Care didatangkan dalam tiga haruman iaitu Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring.

Katanya, sabun mandian Xorra Body Wash menggunakan ekstrak tumbuhan dan berasaskan alam semula jadi seperti ekstrak ros serta minyak argan yang sangat baik untuk kulit manusia.

"Kami cuba mengelak daripada penggunaan bahan kimia kerana ia akan mengganggu kulit kita di kemudian hari. Secara tak langsung, kami ingin mendidik masyarakat peri pentingnya menggunakan produk yang bebas bahan kimia.

Artikel Berkaitan:

“Selama ini orang kita hanya fikir atau mengelak daripada makanan yang banyak bahan terlarang tetapi kadang-kadang mereka lupa terhadap penjagaan diri seperti kulit yang sering terdedah kepada bahan kimia. Kalau mandi dua kali sehari, itu bermakna dua kali juga kita terdedah kepada risiko jika menggunakan bahan mandian berasaskan bahan kimia,” katanya.

Mengulas mengenai pemilihan Cik Manggis sebagai duta Xorra Body Wash, Zohrah berkata, selebriti itu dipilih kerana sesuai dengan keunikan ciri-ciri sabun mandian tersebut.

“Cik Manggis seorang yang bekerjaya, isteri, ibu dan profesional. Ciri-ciri ini sesuai dengan tiga rangkaian haruman Xorra Body Wash: The Science of Care,” katanya.

Menurutnya, setiap botol Xorra Body Wash: The Science of Care mengandungi 300ml yang dijual pada harga RM148 untuk set tiga botol dan nama Xorra diambil daripada perkataan Arab, Zahrah yang bermaksud blossom atau kembang.

Zohrah berkata, Farmasia Sdn Bhd mempunyai fasiliti pengilangan, makmal serta kumpulan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang mampu mengeluarkan produk berkualiti.

"Kami menggunakan kelebihan kami dalam bidang teknologi peralatan perubatan untuk menghasilkan formulasi rangkaian Xorra,” katanya.