Lemas dalam kereta: Nor Aqilah dibenarkan keluar hospital

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Pelajar kolej yang terselamat daripada insiden keracunan gas karbon monoksida dalam sebuah kereta di tapak parkir stesen minyak pada 17 September lalu dibenarkan keluar daripada hospital pada petang ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, keadaan kesihatan Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 semakin baik dan sudah boleh berjalan seperti biasa.

Menurutnya, mangsa telah menjalani pemeriksaan mata dan doktor mengesahkan keadaan matanya juga berada dalam keadaan baik, namun perlu terus mengambil ubat serta membuat pemeriksaan susulan.

"Tiada fisioterapi dilakukan kerana mangsa telah beransur pulih dan boleh berjalan macam biasa.

"Doktor beritahu, mungkin Nor Aqilah akan dibenarkan discaj petang ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, Nor Aqilah dilaporkan sudah sedar setelah dikomakan untuk tujuan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, mangsa masih di bawah pemantauan doktor dari masa ke masa.

ARTIKEL BERKAITAN: Lemas dalam kereta: Seorang lagi meninggal dunia

Pada 17 September lalu, tiga daripada empat pelajar di sebuah kolej perubatan swasta di Batu Caves maut akibat keracunan karbon monoksida apabila mereka tertidur semasa berehat di dalam kereta dengan cermin tingkap tertutup.

Artikel Berkaitan:

Kesemua mangsa menaiki sebuah kereta jenis Honda Odyssey dikatakan berhenti di kawasan parkir sebuah stesen minyak di Sama Gagah, Butterworth selepas pulang dari Pulau Jerejak di Bayan Baru, Pulau Pinang.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Sungai Petani dan Gurun, Kedah.

Kesemua mangsa berhenti di stesen minyak itu pada jam 8.30 malam selepas Nor Aqilah yang memandu kereta tersebut memaklumkan dia pening dan muntah.

Empat sahabat itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta tersebut dengan keadaan enjin masih hidup oleh bapa Ayuni Shazwani Shabri kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Dalam kejadian itu, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie dan Nor Adilah Mohd Safwan meninggal dunia, manakala Nor Aqilah kritikal selepas kesemuanya yang berusia 21 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri.

Nor Adilah yang merupakan kembar kepada Nor Aqilah pada awalnya terselamat, namun meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Angkatan Tentera Lumut, Perak pada jam 4.23 petang Khamis lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua daripada empat sahabat maut lemas dalam kereta

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!