ADUN Maharani positif Covid- 19

Norhayati Bachok
Norhayati Bachok
A
A
A

JOHOR BAHRU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Norhayati Bachok yang pernah terlibat dalam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah disahkan positif Covid-19.

Beliau ketika dihubungi memaklumkan sedangkan mendapatkan rawatan di Hospital Kluang.

Norhayati disahkan positif virus itu selepas menjalani ujian pengesanan kali kedua pada 4 Oktober lalu tetapi ujian pertama pada 26 September didapati negatif.

"Apa-apa perkembangan sila baca kenyataan saya di Facebook," katanya.

Sementara itu Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Maharani menerusi kenyataannya memaklumkan semua kontak rapat beliau telah dikenal pasti oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Muar dan sedang menanti keputusan saringan.

Kenyataan itu juga memaklumkan ADUN itu mengambil inisiatif kuarantin kendiri di rumah dan mengasingkan diri walaupun tiada arahan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pihak kami memohon maaf kepada semua yang terkesan walaupun segala langkah kuarantin di rumah dan pencegahan telah dipatuhi sepanjang tempoh ini.

"Sekali lagi, kami menggesa agar warga Maharani tidak panik dengan mesej yang tular sebaliknya sentiasa mendapatkan informasi sahih daripada KKM," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu kenyataan berkenaan memaklumkan sudah mengenal pasti individu yang menularkan mesej mengenai status kesihatan Norhayati dan mendedahkan maklumat peribadi beliau dan keluarga.

"Kami telah membuat laporan polis dan akan mengambil tindakan undang-undang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Seorang lagi ADUN Selangor positif Covid-19

ADUN Kampung Tunku positif Covid-19