432 kes positif Covid-19 hari ini

KKM menerusi ciapan di laman Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 429 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.
KKM menerusi ciapan di laman Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 429 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Pandemik Covid-19 terus menjadi ancaman selepas negara mencatatkan 432 baharu kes hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 429 kes merupakan penularan tempatan dan kes tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 kepada 12,813.

"Kes aktif meningkat kepada 2,336 kes," katanya menerusi Facebooknya sebentar tadi.

Menurutnya, jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi turut meningkat kepada 32 orang manakala lapan pesakit memerlukan bantuan pernafasan menerusi ventilator.

Beliau berkata, jumlah kematian berkaitan Covid-19 kekal pada 137 kes selepas tiada kes baharu direkodkan.

Sebanyak 57 kes disahkan pulih dan dibenar discaj hari ini.

"Jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya ialah 10, 340 iaitu bersamaan 80.7 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Artikel Berkaitan: