Yakult, CAKNE tingkat kesedaran kanser kanak-kanak

Hiroshi Hamada (tiga berdiri dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan kepada wakil PPUKM CAKNE pada Kempen Reben Emas CAKNE hari ini.
Hiroshi Hamada (tiga berdiri dari kanan) menyerahkan replika cek sumbangan kepada wakil PPUKM CAKNE pada Kempen Reben Emas CAKNE hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Yakult Malaysia Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Sokongan Kanser kanak-Kanak PPUKM (CAKNE) menganjurkan Kempen Reben Emas CAKNE sempena bulan kesedaran kanser kanak-kanak yang diadakan pada September setiap tahun di seluruh dunia.

Pengarah Urusannya, Hiroshi Hamada berkata, bertemakan 'kongsi harapan, kongsi kekuatan', pihaknya berbesar hati bekerjasama dengan CAKNE bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan rakyat negara ini berkaitan penyakit kanser yang turut menyerang kanak-kanak, serta cabaran dihadapi pesakit, penjaga dan ahli keluarga terdekat.

Katanya, Yakult bersama Penyerang skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara, Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak pada Mei lalu bersetuju memberikan sumbangan RM120,000 kepada CAKNE dalam tempoh lima tahun sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni badan sukarelawan tersebut.

"Selain itu, bagi merancakkan lagi kempen Ini, kami akan menghantar minuman probiotik Yakult percuma kepada kira-kira 300 penghidap serta bekas pesakit kanser kanak-kanak di seluruh negara yang telah mendaftar dalam program CAKNE Pizzavaganza yang merupakan acara kemuncak kempen yang diadakan secara atas talian pada 30 September ini," katanya.

Beliau memberitahu, seluruh warga kerja dan wanita Yakult akan menyematkan pin reben emas yang menjadi simbol kepada kanser kanak-kanak pada baju seragam mereka sepanjang September ini.

"Kempen ini sekali gus diharap dapat meningkatkan rasa ingin tahu dalam kalangan orang awam," katanya.

Artikel Berkaitan: