Covid-19: Masih tiga angka, 293 kes positif hari ini

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA- Kes positif koronavirus (Covid-19) dalam negara masih mencatatkan tiga angka apabila 293 kes baharu direkodkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut melibatkan 292 kes penularan tempatan dan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, melibatkan bukan warganegara yang mengembara dari Bangladesh.

"Daripada 292 kes penularan tempatan, 269 kes melibatkan warganegara Malaysia dan 23 kes adalah bukan warganegara.

"Daripada 292 kes tersebut juga, sebanyak 30 kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, menjadikan jumlah kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September sebanyak 206 kes," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pandemik Covid-19 hari ini.

Beliau berkata, tiada kematian berkaitan virus itu dilaporkan hari ini. Kes positif Covid-19 di Malaysia kini berjumlah 12,381 kes manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 1,961 kes yang semuanya telah diasingkan serta diberi rawatan. - Bernama

AKAN MENYUSUL
Artikel Berkaitan: