Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 diaktifkan jika kes meningkat

Dr Adham ( tengah) Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di Desaru di sini hari ini.
Dr Adham ( tengah) Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di Desaru di sini hari ini.
A
A
A

KOTA TINGGI - Sebanyak 36 buah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid -19 di seluruh negara akan diaktifkan serta-merta jika berlaku trend peningkatan kes jangkitan baharu wabak koronavirus (Covid-19).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pusat kuarantin dilengkapi 3,467 katil bagi menampung pesakit yang berisiko rendah.

Menurutnya, antara fasiliti yang dijadikan pusat kuarantin dan rawatan itu ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia dan premis lain yang digazetkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).

"Sekiranya ada pertambahan, kementerian akan berbincang dengan kementerian lain untuk menggunakan institut latihan mereka bagi menempatkan pesakit bergejala.

"Jika kes bertambah kita akan aktifkan serta merta Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 di seluruh negara," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di Desaru di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Adham memaklumkan sejumlah 16,000 sehingga 20,000 sampel Covid-19 diterima sehari berikutan peningkatan jangkitan baharu susulan pertambahan kes di Sabah, Kedah dan mereka yang pulang dari kawasan berisiko tinggi.

Katanya, keupayaan untuk menjalankan ujian sampel sehingga 39,000 sehari yang dijalankan di 58 makmal di seluruh negara.

"Petugas mampu mengesan dan kesediaan makmal KKM menguji antara faktor Covid-19 dikesan dengan pantas di negara ini.

Artikel Berkaitan:

"Pendekatan diambil melalui ujian pengesanan terhadap mereka bergejala menjadikan negara kita berupaya mengesan lebih virus ini dengan cepat," katanya.