X

Kindly register in order to view this article
!

'Anda tidak boleh lompat dari senarai'

Gelagat Jorginho (kiri) dan Abraham ketika pemain berusia 28 tahun itu diberikan tugas mengambil sepakan penalti.
A
A

PENGENDALI Chelsea, Frank Lampard menegaskan, isu tugas mengambil sepakan penalti antara Tammy Abraham dan Jorginho yang timbul ketika The Blues membelasah Crystal Palace 4-0 diselesaikan secara profesional.

Menurut Lampard, untuk mengambil sepakan penalti beliau tidak hanya memerlukan seorang pemain yang berkarakter pemimpin tetapi juga berpengalaman dalam mengendalikan situasi perlawanan berkenaan.

"Ya, isu Abraham dan Jorginho telah pun diselesaikan di bilik persalinan pemain, jadi tiada isu kerana semuanya telah selesai.

"Saya mahukan pemimpin dan saya tidak terkesan dengan sedikit konflik jika Tammy mahu tanggungjawab itu kerana dia mahukan gol atau apa sahaja, dia akan diberikan peluang.

"Saya menghargai kesungguhannya kerana prestasinya layak mendapat gol tetapi itu adalah peraturan yang anda tidak boleh lompat dari senarai kecuali kami sangat selesa dan jika seseorang melakukan hatrik. Jadi dalam perkara ini saya yang memutuskan," katanya.

Pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stamford Bridge itu, Abraham dilihat mengambil tugas mengambil sepakan penalti, namun Kapten The Blues, Cesar Azpilicueta menugaskan Jorginho untuk menjaringkan penalti keduanya dalam permainan.

Dua jaringan penalti Jorginho pada babak kedua di samping dua gol lagi pada daripada Ben Chilwell dan Kurt Zouma pada babak membolehkan anak buah Lampard meraih kemenangan kedua selepas mengharungi empat perlawanan.

Mengenai aksi keseluruhannya Lampard berkata, dia amat berpuas hati dengan peningkatan prestasi dalam kalangan pemain-pemainnya.

"Tidak terlalu banyak kelab yang mampu menyaingi Crystal Palace dengan jaringan empat gol, jadi ini sudah cukup memuaskan.

"Separuh masa pertama kami bermula dengan baik, kami berjaya meledak dua gol diikuti dua lagi pada babak kedua, jadi sangat bagus untuk kami memperoleh empat gol.

"Kami juga perlu memasukkan Chilwell kerana kami tidak boleh membiarkan empat pemain belakang selepas Palace ketinggalan dan Chilwell telah menyempurnakan tugasnya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!