Kereta kabel Bukit Bendera beroperasi semula

Perkhidmatan funikular Bukit Bendera beroperasi semula selepas terkandas selama dua jam.
Perkhidmatan funikular Bukit Bendera beroperasi semula selepas terkandas selama dua jam.
A
A
A

GEORGETOWN - Perkhidmatan funikular (kereta kabel) Bukit Bendera kembali beroperasi seperti biasa pada jam 3.55 petang tadi selepas mengalami gangguan selama dua jam.

Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PHCC) dalam kenyataannya berkata, pengangkutan awam itu beroperasi semula selepas terkandas kira-kira jam 2 petang tadi.

Menurutnya, penjualan tiket dibuka semula kepada orang ramai pada jam 4.10 petang tadi.

"Pasukan operasi kami telah menyelesaikan masalah yang berlaku dan perkhidmatan funikular kembali beroperasi seperti biasa pada jam 3.55 petang.

"PHCC ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung, penduduk dan peniaga atas sokongan dan kesabaran mereka. Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami dan kami mengalu-alukan kedatangan pengunjung ke Bukit Bendera," katanya.

Dalam kejadian pada jam 2 petang tadi, seramai 150 penumpang yang menaiki perkhidmatan funikular di Bukit Bendera berdepan detik cemas selepas pengangkutan awam tersebut terkandas.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Paya Terubong, Noor Zahidi Ahad berkata, pihaknya menerima panggilan daripada salah seorang penumpang yang terkandas pada jam 2.33 petang.

Menurutnya, sepasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati perkhidmatan funikular itu terkandas di stesen tengah di pusat peranginan tersebut.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: 150 penumpang terperangkap dalam kereta kabel