X

Kindly register in order to view this article
!

Dr Noor Hisham beri bayangan PKP semula

Ciapan Dr Noor Hisham awal pagi hari ini menimbulkan persoalan warga Twitter.
A
A

SHAH ALAM - Ciapan balas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada seorang pengguna Twitter menimbulkan persoalan kerana seakan-akan memberi bayangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan semula.

Dr Noor Hisham membalas ciapan pemilik akaun @zalifahms yang mencadangkan agar kerajaan menyekat perjalanan antara negeri buat sementara waktu dan tidak memberi kepercayaan dengan arahan kuarantin sendiri.

"Bagaimana jika semua kembali kekal berada di rumah seketika waktu?" tulis beliau.

Ciapan tersebut mengundang reaksi balas beberapa pengguna Twitter lain yang merasakan ia seperti memberi petunjuk PKP akan dilaksanakan semula.

Terdapat juga reaksi yang menyokong saranan tersebut antaranya pemilik akauan @Yus_putra360.

"Perlu di laksanakan... jika itu je cara nak berhentikan penularan wabak daripada merebak... rakyat Malaysia ni susah nak faham dan dengar cakap... banyak yang ambil sikap tidak ambil peduli... jadi kerajaan perlu mengambil langkah walau kena PKP hanya sebulan... untuk hentikan seketika," katanya dalam ciapan balas pada Twitter tersebut hari ini.

Bagaimanapun, terdapat beberapa pemilik Twitter memberi maklum balas agak keberatan sekiranya PKP dilaksanakan semula mengambil kira faktor ekonomi.

Tidak terkecuali reaksi sinis pengguna Twitter yang membangkitkan isu ahli politik yang gagal kuarantin diri sendiri.

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini kembali kepada tiga angka sejak beberapa minggu ini susulan peningkatan kes di Sabah dan ia menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan kes baharu setiap hari sekali gus menambah keyakinan berkemungkinan PKP dilaksanakan semula.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!