Debat Presiden AS mampu beri kesan kepada pilihan raya?

Debat antara Presiden Donald Trump dengan pencabarnya Joe Biden yang berlangsung pada Selasa malam, disaksikan hampir 29 juta penonton.
Debat antara Presiden Donald Trump dengan pencabarnya Joe Biden yang berlangsung pada Selasa malam, disaksikan hampir 29 juta penonton.
A
A
A

WASHINGTON - Debat antara Presiden Donald Trump dengan pencabarnya Joe Biden yang berlangsung pada Selasa malam, disaksikan hampir 29 juta penonton masih kelihatan samar sejauh mana ia mampu memberi kesan besar terhadap pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).

Trump dilihat sering mengganggu dan mencelah ketika Biden bercakap, membuatkan pencabarnya menggelar presiden AS itu umpama 'badut' dan menyuruhnya 'diam', menurut agensi berita Xinhua

Tinjauan Quinnipiac baru-baru ini, tiga peratus pengundi mengatakan debat mungkin dapat mempengaruhi undian mereka. Walaupun jumlah itu dilihat sedikit, setiap undi amat bermakna dalam pilihan raya yang dianggap paling sengit setakat ini.

Pungutan suara sebelum ini mungkin dapat membantu dalam menentukan sama ada perdebatan itu memberi kesan. Pada 2008, sebanyak 67 peratus orang Amerika mengatakan perdebatan antara calon John McCain dan Senator Barack Obama ketika itu, mempengaruhi keputusan mereka, menurut hasil tinjauan Pew Research.

Tinjauan Pew Research juga mendapati peratusan yang sama diperoleh ketika gabenor Bill Clinton dan pencabarnya Ross Perot menentang Presiden George H W Bush pada 1992.

Namun, tahun ini, pertembungan partisan dilihat lebih kuat. Tinjauan terkini seperti kajian Harvard Business School tahun lalu mendapati perbahasan hanya mempunyai pengaruh yang sedikit terhadap pengundi.

Profesor sains politik di Kolej Saint Anselm, New Hampshire Christopher Galdieri berkata beliau agak ragu-ragu apakah perdebatan itu sangat penting dalam mempengaruhi keputusan. Pada umumnya, orang menonton perbahasan untuk mengukur bagaimana keadaan calon pilihan mereka, katanya.

Pakar lain mengatakan ia bergantung kepada apa yang dicari penonton.

Artikel Berkaitan:

Menurut ahli strategi Republikan dan personaliti televisyen Ford O'Connell berkata, "persoalannya di sini adakah kedua-dua pemimpin mampu mengubah pandangan pengundi?.

"Beberapa pakar beranggapan taktik Biden yang sering memandang ke arah kamera seolah-olah bercakap terus dengan rakyat Amerika, mungkin bermanfaat kepadanya sebagai pencabar.

Ada dua lagi perdebatan membabitkan Trump dan Biden iaitu pada 15 dan 22 Oktober.

Sebilangan penganalisis percaya penonton ingin melihat Trump membina naratif mengenai pencapaian ekonominya, termasuk mengurangkan kadar pengangguran dengan cepat sebaik aktiviti ekonomi dibuka semua.

Ia ternyata berbeza dengan tindakan Trump yang berulang kali mengganggu pihak lawan, menurut ramai penganalisis situasi itu langsung tidak membantunya. - Bernama