X

Kindly register in order to view this article
!

Beri alasan mengasuh budak elak dicekup AADK

Operasi bermula jam 9 pagi tadi turut menahan tiga penagih dadah berusia 19 hingga 55 tahun di sekitar Yan.
A
A

YAN - Seorang pengawal keselamatan memberi alasan mengasuh kanak-kanak apabila ditanya tujuan utamanya ke sebuah rumah yang disyaki dijadikan port penagihan dadah.

Ketua Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Yan, Mohamad Ramli berkata, alasan terbabit diberikan lelaki berusia 24 tahun itu ketika diserbu agensi itu di sebuah rumah di Kampung Perupok di sini semalam.

Menurutnya, suspek memberi alasan sedemikian kerana katanya pemilik rumah telah keluar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Kita menerima aduan awam mengatakan rumah terbabit sering dikunjungi dan mengesyaki ia dijadikan port penagihan dadah," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan dalam rumah mendapati, tuan rumah tiada, namun terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun sedang tidur.

"Suspek mengaku baru sahaja menghisap dadah jenis syabu sebelum rumah tersebut diserbu," katanya.

Operasi bermula jam 9 pagi tadi turut menahan tiga penagih dadah berusia 19 hingga 55 tahun di sekitar Yan.
Operasi bermula jam 9 pagi tadi turut menahan tiga penagih dadah berusia 19 hingga 55 tahun di sekitar Yan.

Difahamkan, lelaki terbabit mula hisap dadah sejak lapan tahun lalu atas faktor pekerjaannya yang perlu berjaga malam.

Operasi bermula jam 9 hingga 11 pagi itu turut menahan tiga lagi penagih dadah berusia 19 hingga 55 tahun di sekitar Yan.

Ujian air kencing mendapati mereka turut positif dadah jenis syabu.

Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah 1983.

"AADK berharap kerjasama semua pihak dalam memastikan kawasan kejiranan bebas daripada dijadikan port penagihan memandangkan aktiviti penagihan dadah memberi kesan buruk kepada masyarakat.

"Antara kesan akibat pengambilan syabu yang kritikal adalah kerosakan pada otak dan sistem saraf seseorang.

"Pengambilan kerap mengakibatkan seseorang itu berkelakuan terlalu aktif, sukar tidur, kemurungan, khayal, syak wasangka tanpa sebab, bersikap garang, keganasan tidak terkawal, dan perlakuan psikotik seperti gila," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!