Mahkamah tolak permohonan SPSB gantung saman Felda

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan syarikat pemaju hartanah Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB) dan tiga lagi untuk menggantung saman difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) terhadap mereka dan 17 defendan lain.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Felda kelmarin, Hakim Wong Chee Lin telah menolak satu permohonan yang difailkan oleh SPSB pada 25 September lalu.

Menurut kenyataan itu, hakim telah memerintahkan SPSB, pekhidmatnya dan ejen supaya dihalang daripada meneruskan prosiding timbang tara berkaitan dengan Projek KLVC sementara menunggu pelupusan saman oleh Felda dan FIC.

Dalam prosiding tersebut, Felda dan FIC diwakili peguam Kumar Kanagasingam, Mong Chung Seng, Michele Yee Phui Hwa dan Medha Ong Ann Ting daripada firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin Allen & Gledhill.

Kes saman Felda tersebut adalah berkenaan mendapatkan perintah untuk membatalkan serta-merta semua instrumen pindah milik tanah bagi projek pembangunan Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) yang dicadangkan di Jalan Semarak di sini.

Artikel Berkaitan: