Beli gas memasak secara dalam talian

Pembelian gas secara dalam talian ketika ini tidak banyak ditawarkan oleh syarikat penghantaran gas yang lain dan ia memberikan kelebihan kepada BeliGas.my. - FOTO MOHD IZARI ROSLI
Pembelian gas secara dalam talian ketika ini tidak banyak ditawarkan oleh syarikat penghantaran gas yang lain dan ia memberikan kelebihan kepada BeliGas.my. - FOTO MOHD IZARI ROSLI
A
A
A

DITUBUHKAN pada Jun lalu, syarikat penjualan dan penghantaran gas memasak dalam talian, BeliGas.my semakin mengorak langkah ke hadapan dalam meneroka pasaran penjualan dan penghantaran gas memasak di negara ini.

Biarpun baru mempunyai lapan cawangan iaitu di sekitar Selangor, BeliGas.my yakin untuk melebarkan sayapnya dengan menyasarkan 100 cawangan baharu pada tahun hadapan.

Mengakui perjalanan yang ditempuhi bukan mudah, Pengarah Urusan BeliGas.my, Suthan M berkata, pihaknya yakin dapat menembusi pasaran penjualan gas memasak di Malaysia.

“Buat masa ini, BeliGas.my mempunyai lima rangkaian pengedaran di Selangor iaitu Ampang, Kajang, Semenyih, Cheras dan Shah Alam.