X

Kindly register in order to view this article
!

PRN Sabah: Manifestasi tulus rakyat Sabah

AHMAD SAMSURI MOKHTAR
A
A

KUALA TERENGGANU - Kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) semalam disebabkan kemampuan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mentadbir dengan lebih baik di peringkat Persekutuan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kemenangan itu juga merupakan manifestasi pilihan tulus rakyat Sabah yang mahu melihat dan merasai sendiri kemampuan PN mentadbir negeri itu.

"Saya percaya, ia turut dipengaruhi faktor calon GRS yang lebih berupaya dan kompeten selain sokongan parti yang berpengalaman berbanding saingan.

"Dalam era yang mencabar hari ini, rakyat memerlukan kerajaan yang stabil, berintegriti dan berkeupayaan tinggi di peringkat kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.

"Tahniah kepada semua pihak yang membantu kemenangan ini terutamanya rakyat Sabah yang bijak memilih. Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada GRS yang berjaya memenangi PRN Sabah," katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencipta kejutan apabila berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-16 sekali gus menumbangkan Kerajaan Warisan Plus yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal.

GRS yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mendapat majoriti mudah daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan pada PRN tersebut.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!