X

Kindly register in order to view this article
!

Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia

Allahyarham Wan Chik Daud
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas penyampai berita Wan Chik Daud meninggal dunia pada jam 10 pagi tadi di kediamannya di Lembah Keramat di sini.

Setiausaha Agung Seniman Hafiz Hanafiah dalam kenyataan hari berkata, Allahyarham meninggal dunia akibat pelbagai komplikasi penyakit pada usia 80 tahun.

Wan Chik merupakan penyampai berita RTM yang terkenal sekitar tahun 1980-an.

Isteri kepada pelakon Allahyarham M Rajoli itu juga pernah membintangi filem arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee iaitu ‘Do Re Mi’ dan ‘Nasib Do Re Mi’ pada tahun 1966.

Sementara itu, Hafiz ketika dihubungi Bernama berkata, jenazah telah dibawa ke Masjid Al-Khairiah AU3 Keramat untuk urusan mandi dan solat jenazah dan Allahyarham dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana selepas solat asar. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!