X

Kindly register in order to view this article
!

Permohonan maaf Warisan hanya diterima dengan menolak parti itu

Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A

KOTA KINABALU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan permohonan maaf Parti Warisan Sabah (Warisan) dan pemimpinnya, Datuk Mohamaddin Ketapi berhubung kenyataan berkait peristiwa pencerobohan Lahad Datu hanya boleh diterima dengan menolak parti itu semasa hari mengundi esok.

Pemimpin utama UMNO itu secara peribadi tidak dapat menerima permohonan maaf Mohamaddin kerana beliau sendiri berada di sana ketika peristiwa itu berlaku selaku Menteri Pertahanan.

"Ketika itu penceroboh memang datang. Saya melihat mayat bergelimpangan. Adakah itu ayam, anjing, atau manusia?" katanya dalam wawancara disiarkan secara langsung di Facebook Barisan Nasional hari ini.

Dalam masa sama, UMNO juga tidak menerima permohonan maaf itu kerana memikirkan perasaan keluarga mangsa dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam insiden berdarah itu.

"Pihak keluarga tentera dan polis serta pasukan keselamatan dan agensi lain tidak dapat terima kemaafan itu dengan begitu sahaja," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Mohamaddin Ketapi menjijikkan, kata Musa Aman

Presiden Warisan mohon maaf atas kenyataan Mohamaddin

Selasa lalu, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memohon maaf kepada semua anggota keselamatan, ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia berhubung kenyataan Mohamaddin.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kenyataan itu disebut secara spontan itu telah disalah ertikan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan perajurit serta anggota keselamatan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!