Presiden Warisan mohon maaf atas kenyataan Mohamaddin

Mohd Shafie mohon maaf atas kenyataan Mohamaddin. - Foto Bernama
Mohd Shafie mohon maaf atas kenyataan Mohamaddin. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini memohon maaf kepada semua anggota keselamatan, ahli keluarga dan seluruh rakyat Malaysia berhubung kenyataan seorang pemimpin parti itu baru- baru ini.

Beliau yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kenyataan yang dikeluarkan calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, Datuk Mohamaddin Ketapi secara spontan itu telah disalah ertikan dan sama sekali tidak berniat untuk menghina perjuangan perajurit serta anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa mereka demi pertahankan rakyat dan negara ini.

"Sebagai bekas Timbalan Menteri Pertahanan, saya amat memahami keperitan yang terpaksa ditempuh anggota keselamatan ketika menjaga sempadan negara terutama di pos-pos kawalan Sabah yang terpencil dan serba kekurangan.

"Setiap anggota yang berada di perbatasan bukan sahaja bersedia mengorbankan nyawa demi keselamatan rakyat Malaysia, malah mereka juga terpaksa berjauhan dengan ahli keluarga sepanjang tempoh bertugas," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik koronavirus (Covid-19), beliau memahami dan menghargai peranan anggota keselamatan sebagai barisan hadapan menentang musuh yang tidak kelihatan tetapi amat berbahaya.

"Atas rasa tanggungjawab itu saya telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta dana kerajaan negeri untuk diagih-agihkan kepada semua petugas barisan hadapan termasuk RM1 juta kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RM1 juta kepada Kem Lok Kawi.

"Sumbangan ini tidak dilakukan di mana-mana negeri di Malaysia.

"Jumlah itu tidak banyak jika dibandingkan dengan risiko dan pengorbanan wira-wira negara ini, namun itu membuktikan komitmen Kerajaan Sabah walaupun agensi keselamatan di bawah bidang kuasa Persekutuan," katanya.

Artikel Berkaitan: