X

Kindly register in order to view this article
!

Lanjutkan PSU, perluas Penjana di kawasan baharu PKPD

Mohd Zayad Md Ismail
A
A

ALOR SETAR - Kerajaan disaran melanjutkan Program Subsidi Upah (PSU) yang diperkenalkan di bawah Pakej Prihatin Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) untuk membantu majikan melindungi pekerja yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah.

Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Kedah, Datuk Mohd Zayad Md Ismail berkata, kerajaan juga diharap dapat memperluaskan bantuan Penjana ke kawasan terjejas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di Kedah.

Menurutnya, ini kerana bantuan PSU yang disalurkan untuk enam bulan akan berakhir pada 30 September ini.

"Bantuan ini tidak termasuk kawasan baharu yang diwartakan sebagai PKPD pentadbiran di mana kes Covid-19 meningkat secara mendadak.

"Hanya perniagaan yang menawarkan barang keperluan dibenarkan beroperasi dari jam 8 pagi hingga 8 malam setiap hari manakala perniagaan yang tidak menawarkan barang keperluan tidak dibenar beroperasi sepanjang tempoh itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Zayad berkata, ini akan menyebabkan permintaan terhadap kedua-dua industri berkurangan dan terjejas sekali gus mengganggu pengoperasian termasuk rantaian bekalan dan tenaga kerja.

"Selain itu, PSU sangat diperlukan pemilik perniagaan untuk memastikan pekerja mereka tidak menganggur akibat PKPD," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!