Eksport buah-buahan tropika Malaysia meningkat

Ahmad (dua dari kiri) melawat gerai pameran selepas program suai kenal pengeluar dan pengeksport agromakanan (tanaman) Jabatan Pertanian tahun 2020 di Seremban semalam.
Ahmad (dua dari kiri) melawat gerai pameran selepas program suai kenal pengeluar dan pengeksport agromakanan (tanaman) Jabatan Pertanian tahun 2020 di Seremban semalam.
A
A
A

SEREMBAN - Nilai purata eksport buah-buahan tropika Malaysia meningkat daripada RM821.5 juta pada tahun 2015 kepada RM1.124 bilion pada tahun 2018 iaitu purata peningkatan sebanyak 12.29 peratus setahun.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, nilai import buah-buahan tropika turut menunjukkan peningkatan sebanyak 9.95 peratus setahun iaitu RM1.1 bilion pada tahun 2015 kepada RM1.43 bilion pada tahun 2018.

“Buah-buahan tropika Malaysia seperti durian, nangka, betik, tembikai, pisang, manggis dan rambutan mempunyai potensi yang sangat besar bagi tujuan eksport khususnya ke China, Taiwan, Korea, Singapura, Australia, Timur Tengah, Eropah serta Amerika Syarikat.

“Selain itu, belimbing, cempedak, mangga, jambu batu, pitaya atau buah naga, ciku dan nenas juga berpotensi untuk dieksport,” katanya pada program suai kenal pengeluar dan pengeksport agromakanan (tanaman) Jabatan Pertanian tahun 2020 di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata, Jabatan Pertanian pada tahun ini memberi tumpuan kepada empat jenis buah-buahan utama iaitu durian, nangka, betik dan tembikai untuk peningkatan pengeluaran bagi memenuhi keperluan eksport.

Menurutnya, statistik eksport buah-buahan tropika Malaysia menunjukkan buah durian mempunyai nilai yang tinggi di pasaran dunia kerana terdapat trend peningkatan nilai eksport iaitu sebanyak RM64.9 juta pada tahun 2015 kepada RM118.2 juta pada tahun 2018.

Artikel Berkaitan: