Semua parti dalam Kerajaan PN sangkal kenyataan Anwar

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Semua parti-parti yang bekerjasama dalam Kerajaan Perikatan nasional (PN) kekal berdiri teguh menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, gabungan parti yang membentuk Kerajaan PN itu menyangkal dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya beliau mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu.

"Kenyataan beliau itu tidak lebih hanya merupakan satu lagi ulangan publisiti murahan seperti yang pernah berkali-kali dilakukan sebelum ini.

"Tindakan terbaharu beliau ini juga menyerlahkan sikap rakus dan gila kuasa beliau yang ternyata sama sekali tidak mempedulikan soal kestabilan politik dan ekonomi negara serta nasib rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19," katanya.

Kenyataan bersama itu turut melibatkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa; Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar dakwa bakal tubuh kerajaan baharu

UMNO, BN tidak dapat halang Ahli Parlimen mahu sokong Anwar

Turut sama, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Alexander Nanta Linggi; Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jahid Jahim dan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR), Guan Dee Kohoi.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, gabungan tersebut yakin rakyat akan bangkit menolak politik yang dilakukan oleh Anwar, malah akan bersama-sama menyokong Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin yang sentiasa prihatin akan kebajikan rakyat.