'Madu saya calon kelapan suami'

Rosyilah menunjukkan foto majlis perkahwinan suaminya bersama Nurul Ain yang diadakan pada Ahad lalu di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang.
Rosyilah menunjukkan foto majlis perkahwinan suaminya bersama Nurul Ain yang diadakan pada Ahad lalu di Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang.
A
A
A

KUALA NERANG - Bagi kebanyakan wanita bukan mudah menerima hakikat dirinya dimadukan dan terpaksa berkongsi kasih apatah lagi untuk membuat persiapan majlis perkahwinan baharu suami.

Namun, guru sains di Maktab Mahmud Padang Terap, Rosyilah Abd Rashid, 42, bukan sahaja membuat persiapan majlis perkahwinan malah menemani suaminya, Khubaib Ramli, 36, semasa majlis akad nikah ketiga di Masjid Kampung Kubang Palas, Ahad lalu.

Perkongsian Rosyilah mengenai persiapan majlis perkahwinan suami bersama isteri baharunya, Nurul Ain Md Soleh, 21, dan gambar bersama mereka bertiga yang dimuat naik sendiri olehnya tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Rosyilah berkata, dia turut menjadi tulang belakang dengan membuat persiapan perkahwinan termasuklah menyarungkan cincin tunang ke jari Nurul Ain sehinggalah majlis persandingan suaminya yang juga merupakan pengetua sekolah agama di Padang Terap.