X

Kindly register in order to view this article
!

Public Bank rangkul lapan anugerah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser (tengah) bersama Pengarah Urusan PBB, Tan Sri Tay Ah Lek (tiga dari kanan) dan pegawai kanan Public Bank memegang trofi dan plak yang dimenangi oleh Public Bank pada majlis penyampaian yang diadakan di Menara Public Bank baru-baru ini.
A
A

PUBLIC Bank Berhad (PBB) muncul pemenang terbesar pada Anugerah Kecemerlangan e-Pembayaran (MEEA) 2020 apabila meraih lapan anugerah atas sumbangan kecemerlangannya kepada perkembangan ekosistem e-pembayaran di Malaysia.

Anugerah MEEA itu dianjurkan setiap tahun oleh Payments Network System (M) Sdn Bhd (PayNet), rangkaian dan infrastruktur pusat perkongsian negara bagi pasaran kewangan Malaysia, sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang bank-bank, perniagaan dan agensi kerajaan yang memberi sumbangan besar bagi kecemerlangan, inovasi dan perkembangan pembayaran elektronik.

Lapan anugerah yang dimenangi ialah Best e-Payment Bank, Best IBG Bank, Best Customer Experience (FPX), Best JomPAY Bank, Best MyDebit Bank, Top JomPAY Acquirer, Top MyDebit Acquirer dan Outstanding Contribution to MyDebit.

PBB dalam satu kenyataan berkata, anugerah itu mengiktiraf usahanya dalam menggerakkan e-pembayaran di Malaysia ke tahap lebih tinggi yang merangkumi penggunaan, penerimaan, pertumbuhan, kebolehpercayaaan, libat urus dan pengalaman pelanggan.

“Ini merupakan kali kedua PBB memenangi Best e-Payment Bank dan kali keempat berturut-turut diiktiraf sebagai Best MyDebit Bank di Malaysia, selain mengekalkan anugerah Outstanding Contribution to MyDebit dan Anugerah MyDebit Top Acquirer.

“PBB komited dan fokus dalam menggalakkan e-pembayaran dengan menyediakan saluran alternatif bagi pelanggan dan orang ramai untuk berurusan dengan lebih dipercayai, selamat dan berkesan sebagai norma baharu negara dalam mencegah penularan Covid-19, selain mengurangkan sentuhan fizikal antara pembeli dan peniaga,” kata kenyataan itu.

Katanya, PBB akan terus memberi sokongan penuh untuk melonjakkan migrasi kepada pembayaran elektronik dengan melancarkan lebih banyak inisiatif e-pembayaran dan akan terus mempertingkatkan platform perbankan digital bagi menjadikannya saluran yang mudah untuk pelanggan.

PBB telah melancarkan PBe QR iaitu cara mudah, selamat dan lancar untuk peniaga menerima pembayaran daripada pelanggan.

Dikuasakan oleh DuitNow QR PayNet, orang awam boleh membuat pembayaran daripada mana-mana bank atau aplikasi mudah alih e-dompet manakala peniaga hanya perlu mempamerkan DuitNow QR untuk menerima pembayaran tanpa perlu mempamerkan pelbagai kod proprietari QR di kaunter pembayaran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!