SkyWorld rangkul Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia

SkyWorld rangkul MLAA13 sekali gus buktikan sumbangan luar biasa SkySanctuary Park dalam wujudkan landskap bandar dan menyediakan tempat percutian mempesonakan di ibu kota.
SkyWorld rangkul MLAA13 sekali gus buktikan sumbangan luar biasa SkySanctuary Park dalam wujudkan landskap bandar dan menyediakan tempat percutian mempesonakan di ibu kota.
A
A
A

PEMAJU hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) merangkul Anugerah Seni Bina Landskap Malaysia ke-13 (MLAA13) dalam satu majlis yang diadakan di The Westin Desaru Coast Resort, Johor baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Skyworld, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan SkySanctuary Park di Setapak, Kuala Lumpur itu membuktikan sumbangan luar biasa SkySanctuary Park dalam mewujudkan landskap bandar dan menyediakan tempat percutian yang mempesonakan di ibu kota.

Menurutnya, peranan Skyworld bukan sekadar membina rumah dan ruang komersial tetapi turut mewujudkan komuniti mampan yang mengutamakan kesejahteraan serta kualiti hidup.

“Ia termasuk mewujudkan kawasan hijau yang luas bagi memberi peluang komuniti hidup dalam persekitaran semula jadi.

“SkySanctuary Park ialah taman bandar yang direka khas untuk penduduk pembangunan SkySanctuary, menggabungkan alam semula jadi dan reka bentuk moden dengan menawarkan komuniti oasis bandar yang unik serta pengalaman hidup di tepi tasik,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Chee Sang berkata, kawasan seluas 1.18 hektar itu mengintegrasikan secara harmoni ruang hijau yang subur, selain dilengkapi kemudahan rekreasi.

“SkySanctuary Park mempunyai 72 spesies dan 100,523 tumbuhan botani termasuk pokok, kawasan rumput, pokok renek, tanah lembap asli serta tumbuhan akuatik.

“Ia mampu menawarkan ekosistem bertenaga yang menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan memupuk hubungan komuniti dengan dunia semula jadi.

“Di luar tarikan estetiknya, tasik taman ini mempunyai tujuan penting sebagai kolam tadahan, yang bukan sahaja berkesan mengurangkan risiko banjir tetapi juga menyumbang kepada pemuliharaan flora dan fauna asli,” jelasnya.

Ujarnya, SkySanctuary Park juga dapat memelihara biodiversiti, memupuk kemampanan dan mewujudkan ruang bagi manfaat kepada masyarakat.

“SkyWorld bertekad bukan sahaja mahu membina persekitaran sihat tetapi juga membina masa depan cerah untuk perjalanan hidup lebih baik,” kata Chee Sang.