X

Kindly register in order to view this article
!

Kenyataan Mohamaddin singgung keluarga anggota ATM

Affendi Buang - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut terkesan dengan kenyataan bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengaitkan insiden pencerobohan di Lahad Datu adalah sandiwara kerajaan ketika itu.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Seri Affendi Buang berkata, kenyataan bahawa anggota ATM hanya membuat serangan terhadap ayam dan anjing juga merupakan tuduhan dan memperlekehkan tugas serta tanggungjawab anggota tentera yang mempertahankan kedaulatan negara ketika itu.

"Ia merupakan suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab malah menyinggung perasaan keluarga anggota ATM dan polis," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Affendi berkata, ATM berperanan sebagai benteng pertahanan negara dan sentiasa bersedia melaksanakan tugas terutama ketika negara berdepan pelbagai ancaman.

"Walau apa pun halangan atau cabaran aspek pertahanan negara sentiasa didahulukan bagi mengekalkan kesejahteraan dan kedaulatan negara ini," katanya.

Beliau berkata, banyak darah, pengorbanan dan keringat anggota ATM terdahulu yang dicurahkan bagi memastikan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.

"Kenikmatan yang tersedia ini tidak datang bergolek, sebaliknya telah meriwayatkan satu perjuangan yang mempertaruhkan nyawa dalam mempertahankan kedaulatan setiap inci bumi tercinta ini," katanya.

Affendi turut menasihati rakyat Malaysia tidak sesekali mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan dan mendatangkan kemudaratan terhadap keharmonian negara.

"Peranan rakyat Malaysia seharusnya bersama pasukan keselamatan menjaga kedaulatan dan maruah negara kerana ia merupakan tanggungjawab bersama," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan terhadap kenyataan Mohamaddin: KPN

Pemimpin Warisan hina pejuang Lahad Datu: Anifah

Mohamaddin nafi hina anggota keselamatan


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!