Pemergian Wan Mokhtar satu kehilangan besar

Rosol (empat dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Wan Mokhtar hari ini. - Foto FB Rosol Wahid
Rosol (empat dari kiri) memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Wan Mokhtar hari ini. - Foto FB Rosol Wahid
A
A
A

SHAH ALAM - Pemergian Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad merupakan satu kehilangan besar khususnya buat rakyat negeri itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, Allahyarham Wan Mokhtar merupakan seorang tokoh yang hebat dan menjadi ikon infrastruktur awam serta pendidikan di Terengganu.

Menurutnya, Allahyarham turut menjadi individu penting yang membawanya ke dunia politik.

"Allahyarham menjadi menteri besar paling lama berkhidmat di Terengganu iaitu selama 25 tahun," katanya kepada pemberita ketika hadir pada pengebumian Allahyarham Wan Mokhtar di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21 hari ini.

Wan Mokhtar meninggal dunia jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre (PCMC) selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu Sabtu lalu akibat masalah jantung.

Dalam pada itu, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Wan Mokhtar.

"Tiada apa yang mampu saya balas jasa beliau. Bagi saya, Allahyarham seorang yang mudah berbicara dan sentiasa menegur saya untuk mengambil peluang asalkan tidak membuat dosa kepada ALLAH.

"Itu yang saya pegang sampai hari ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas MB Terengganu meninggal dunia

Jenazah Allahyarham Wan Mokhtar selamat dikebumikan

Kerajaan Terengganu rakam ucapan takziah