X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki Indonesia langgar polis diberkas

Seorang lelaki warga Indonesia yang melanggar pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam semasa dalam pemeriksaan di Persiaran Mokhtar Dahari sudah ditahan malam tadi.
A
A

SHAH ALAM - Seorang lelaki warga Indonesia yang melanggar pegawai trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam semasa dalam pemeriksaan di Persiaran Mokhtar Dahari di sini ditahan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek berusia 35 tahun ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) serta Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 7 malam di sekitar Petaling Jaya.

Menurutnya, pihaknya turut merampas sebuah kereta iaitu Proton Wira yang dinaiki suspek pada hari kejadian.

"Siasatan awal mendapati tindakan suspek melarikan diri semasa pemeriksaan dipercayai disebabkan visa perjalanan sudah tamat tempoh.

"Bagaimanapun, ujian saringan air kencing suspek adalah negatif dadah," katanya hari ini.

Baharudin berkata, suspek kini ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis masih memburu seorang lagi lelaki yang berada bersama suspek di dalam kereta semasa kejadian.

Terdahulu, dalam kejadian jam 8.10 pagi Jumaat lalu, Inspektor Ismail Aun, 55, cedera di kaki selepas motosikal jenis Honda RS150 yang ditunggangnya dilanggar dari belakang oleh kereta suspek yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan trafik.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!