X

Kindly register in order to view this article
!

Al-Ebreiz kongsi ilmu perdagangan berlandas syariah

Al-Ebreiz Global Capital Berhad menyediakan seminar serta kelas Apprentice, Master dan Professional sebagai alternatif kewangan digital dan perdagangan berlandaskan syariah.
A
A

AL-EBREIZ Global Capital Berhad menganjurkan Seminar Trading Al-Ebreiz yang menawarkan ilmu mengenai penggunaan emas sebagai alternatif kewangan digital dan perdagangan berlandaskan syariah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ebreiz Global Capital Berhad, Norazam Muhammad berkata, peserta seminar akan turut didedahkan mengenai peranan sistem kewangan dalam pembangunan ekonomi dunia dan konsep perdagangan yang berlandaskan syariah Islam.

“Kita dalam perjuangan untuk mengubah institusi kewangan yang ada sekarang kepada institusi kewangan berlandaskan syariah dan bebas riba,” katanya pada seminar pertama Al Ebreiz Global Capital Berhad di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, Al-Ebreiz Global Capital Berhad menyediakan seminar serta kelas Apprentice, Master dan Profesional.

“Untuk kelas Apprentice yang diadakan pada Sabtu, peserta dikenakan bayaran sebanyak RM199,” katanya.

Sementara itu, katanya, yuran sebanyak RM2,999 dikenakan bagi kelas Master yang diadakan pada Ahad dan bagi kelas Professional, peserta dikenakan yuran sebanyak RM5,999.

Orang ramai yang berminat untuk menyertai kelas-kelas yang disediakan oleh Al-Ebreiz Global Capital Berhad boleh menghubungi talian 011-11335693 atau 03-22424884 atau terus mendaftar di laman web rasmi Al-Ebreiz Global Capital Berhad.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!