X

Kindly register in order to view this article
!

Najib nafi kerajaan BN potong elaun nelayan

Najib. Gambar kecil: Tangkap layar Facebook Najib Razak
A
A

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini memotong Elaun Sara Hidup nelayan sebanyak RM300 kepada jumlah lebih rendah.

Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan sebaliknya berkata, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berbuat demikian, malah memansuhkan elaun tersebut selepas mengambil alih kerajaan daripada BN.

"Bila masa BN potong elaun nelayan? PH dan penyokong mereka seperti cacing kepanasan. Mereka kata PH lah yang naikkan elaun nelayan dan ada tuduh BN yang potong elaun nelayan.

"Hello, masa BN sudah lama RM300. Bayangkan hari ini jika BN masih berkuasa. Sudah tentu saya akan naikkan lagi bantuan kepada petani, pesawah, pekebun kecil, nelayan," katanya di Facebook beliau hari ini.

Najib berkata, selepas mengambil alih kerajaan, PH memansuhkan bantuan tersebut sebelum mengembalikannya semula pada kadar RM150 dan dinaikkan kepada RM200 dan kemudiannya RM250.

"Setelah PH ambil alih, tahu apa mereka buat? PM7 (Tun Dr Mahathir Mohamad) terus umum mansuhkan bantuan nelayan RM300. Kata kerajaan tak mampu.

"Lalu dikembalikan pada kadar RM150 setelah dikecam. Setelah dikecam lagi, baru mereka naikkan kepada RM200 pada tahun 2018, kemudiannya RM250 pada tahun 2019," katanya.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya kerajaan PH dengan bangganya mengatakan mereka yang menaikkan elaun tersebut namun bagi beliau rakyat tahu bahawa kerajaan PH 'gagal' dalam matematik.

"Ya betul, tak salah PH dengan bangganya kata mereka naikkan elaun nelayan. Tapi kita pun tahu. PH ni semua gagal matematik. Rupa-rupanya RM250 yang PH bagi adalah lebih tinggi berbanding RM300 yang BN bagi.

"Tetapi kita tidak lupa. PM4/PM7/PM7i kata apa? "Kerajaan tak mampu beri elaun nelayan". Cukuplah dengan pembohongan PH," katanya yang ketika ini bersama jentera BN di Sabah untuk berkempen.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!