X

Kindly register in order to view this article
!

Tertekan pedal minyak, wanita rempuh bank

Kereta Honda City yang dipandu wanita berusia 53 tahun merempuh sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini pagi tadi.
A
A

KUANTAN - Seorang wanita dipercayai tertekan pedal minyak menyebabkan kereta dipandunya merempuh sebuah bank di Jalan Tun Ismail di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi dinding kaca bank itu dilanggar kereta terbabit, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, wanita berusia 53 tahun itu yang merupakan kakitangan bank itu datang ke bank berkenaan untuk menghadiri mesyuarat.

"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah selepas pengurus bank dan wanita itu hadir membuat laporan di Balai Trafik Kuantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, tular beberapa keping gambar sebuah kereta Honda City berwarna putih merempuh dinding kaca sebuah bank.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!