X

Kindly register in order to view this article
!

Suspek kes bunuh sembunyi di kebun sayur

Suspek diberkas polis di sebuah pondok kebun sayur di Bentong, Pahang, awal pagi tadi.
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki warga Nepal yang diburu selepas dipercayai menikam hingga mati rakan senegaranya di sebuah kondominium Jalan Gurney 2, Wangsa Maju di sini Khamis lalu berjaya diberkas polis di sebuah pondok sayur di Bentong, Pahang awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas diserang suspek dengan senjata tajam.

Pondok yang menjadi tempat persembunyian suspek di Bentong, Pahang.
Pondok yang menjadi tempat persembunyian suspek di Bentong, Pahang.

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, mangsa dan suspek berada dalam keadaan mabuk sebelum berlaku pertengkaran mulut hingga menyebabkan mangsa ditikam.

"Suspek yang panik kemudian telah melarikan diri.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian telah menemui sebilah pisau berukuran 12 sentimeter yang dipercayai digunakan suspek," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara yang dirampas polis untuk siasatan kes bunuh di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur Khamis lalu.
Antara yang dirampas polis untuk siasatan kes bunuh di sebuah kondominium di Wangsa Maju, Kuala Lumpur Khamis lalu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat suspek berjaya ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi di sebuah kebun sayur di Kampung Bukit Tinggi, Bentong Pahang.

Katanya, suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian diminta menghubung pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Sukri Abd Razak di talian 016-6691339 atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Asisten Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly di talian 017-2446363 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!