Pemilik bengkel disyaki curi kereta diberkas

Enjin kereta yang dirampas dalam serbuan di sebuah bengkel di Jalan Klang Lama, kelmarin.
Enjin kereta yang dirampas dalam serbuan di sebuah bengkel di Jalan Klang Lama, kelmarin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang pemilik bengkel diberkas di premisnya di Jalan Klang Lama, kelmarin kerana disyaki terlibat dalam kes curi sebuah kereta jenis Proton Iswara.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata, lelaki berusia 30an itu ditahan pada jam 12.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan, kita menjumpai tiga buah enjin motosikal yang mana nombornya telah diganggu serta sebuah enjin kenderaan yang berkait dengan kes curi kereta," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau dan baru beberapa hari keluar penjara atas kesalahan curi kereta.

"Suspek kini ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan," katanya.

Pada Mac lalu, polis menerima laporan daripada seorang pegawai pemasaran yang mendakwa kereta Proton Iswara miliknya yang diparkir berhampiran sebuah bank di Jalan Klang Lama, di sini telah hilang dicuri oleh penjenayah.

Artikel Berkaitan: