X

Kindly register in order to view this article
!

Video judi: Asri Janggut beri keterangan Selasa ini

Mohd Asri Hamid
A
A

KUALA LUMPUR - Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid atau lebih dikenali sebagai Asri Janggut mengesahkan beliau dipanggil polis bagi membantu siasatan mengenai kegiatan perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh yang ditularkan sebelum ini.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menghubunginya sebentar tadi meminta hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah IPK Selangor Selasa ini.

“Saya akan hadir bersama peguam,” katanya pada Sinar Harian hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, Mohd Asri, 42, hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan berhubung pendedahan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh.

Beliau juga memberi keterangan membabitkan kenyataannya berhubung anggota tentera dan polis tidak menjaga solat seperti yang tular di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuduh polis, tentera tak solat: Asri Janggut tiba di Bukit Aman

Pada 14 Ogos lalu, Mohd Asri, 42, hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan berhubung pendedahan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh.
Pada 14 Ogos lalu, Mohd Asri, 42, hadir ke Bukit Aman, Kuala Lumpur, untuk memberi keterangan berhubung pendedahan premis perjudian dan penjualan rokok seludup di Sungai Buloh.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid dilapor berkata, Asri disiasat mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Asri sebelum ini membuat pendedahan mengenai kegiatan premis perjudian di Sungai Buloh.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!