'Kembar' Mazda rupanya kereta curi

Tular gambar pemilik kereta Mazda menjejak 'kembar' keretanya sehingga ke Bangi.
Tular gambar pemilik kereta Mazda menjejak 'kembar' keretanya sehingga ke Bangi.
A
A
A

KAJANG - Polis Kajang mengesahkan menerima laporan berhubung kes sebuah kereta jenis Mazda yang didakwa kereta klon di Bangi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, namun siasatan awal mendapati kereta itu bukan kereta klon tetapi kereta yang dicuri di Beserah, Kuantan.

"Kereta itu dijumpai di tempat letak kenderaan di sebuah kawasan di Bangi. Kita mendapati nombor plat kenderaan ditukar," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Mohd Zaid berkata, kereta tersebut akan dihantar ke Kuantan susulan laporan kes curi di sana.

"Setakat ini tidak ada pemandu atau mana-mana individu dikesan berkait dengan kes kereta curi ini," katanya.

Terdahulu, tular di laman sosial mengenai seorang pemilik kereta Mazda tidak tahan kerana selalu disaman kes had laju.

Pemilik kereta dari Johor itu telah menjejak 'kembar' keretanya sehingga ke Bangi dan mendapati kereta itu mempunyai warna, nombor plat dan cukai jalan yang sama.

Artikel Berkaitan: