Ibu bantu Christina kempen secara santai

Liew Su Jang menunjukkan poster anaknya Christina yang menjadi calon bagi kerusi DUN Api-Api.
Liew Su Jang menunjukkan poster anaknya Christina yang menjadi calon bagi kerusi DUN Api-Api.
A
A
A

KOTA KINABALU - Usianya sudah menjangkau 91 tahun, tetapi Liew Su Jang masih kelihatan cergas membantu kempen anaknya, Datuk Christina Liew yang dicalonkan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api.

Su Jang berkata, beliau tidak berkempen secara aktif kerana faktor usia namun tetap membantu kempen anaknya yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga rakan sekutu Parti Warisan Sabah (Warisan) secara santai dengan bercerita sesama rakannya di kedai kopi.

"Saya memang penyokong kuat PKR sejak dulu lagi iaitu ketika anak Anwar (Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim) masih kecil lagi. Itu 20 tahun lalu.

"Sekarang usia sudah 91 tahun dan saya lebih suka ikut-ikut (kempen) sambil duduk minum kopi," katanya ketika ditemui di sebuah restoran di Jalan Gaya, Kota Kinabalu ketika Christina yang membuat tinjauan mesra di kawasan itu hari ini.

Christina yang terserempak dengan ibunya di sebuah restoran ketika mengagihkan poster kempen, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman ketika tinjauan mesra di Jalan Gaya, Kota Kinabalu hari ini.
Christina yang terserempak dengan ibunya di sebuah restoran ketika mengagihkan poster kempen, pelitup muka dan cecair pembasmi kuman ketika tinjauan mesra di Jalan Gaya, Kota Kinabalu hari ini.

Sementara itu, seorang pengundi DUN Api-Api yang dikenali sebagai Goh, 60, mengakui kawasan itu sudah mula menjadi tumpuan sejak akhir-akhir ini oleh calon daripada pelbagai parti serta calon Bebas yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Kami pun keliru begitu ramai calon, mana yang kami tahu melalui logo parti, kami tahulah. Tetapi ada logo bagi parti baru atau kurang dikenali, kami tidak kenal.

"Namun sebagai pengundi di sini, saya tahu pilihan saya walaupun ramai yang datang berkempen," katanya yang juga peniaga di kawasan itu.

Artikel Berkaitan: