X

Kindly register in order to view this article
!

Penduduk cemas lihat kereta terjunam dalam sungai

Kereta jenis Audi A6 yang terjunam ke dalam sungai dalam kejadian pagi tadi.
A
A

SEREMBAN - Aduan orang awam mengenai sebuah kereta terjunam ke dalam sungai di kawasan Rasah, mencetuskan suasana cemas apabila pihak bomba tidak menemui sesiapa di dalam kenderaan dan kawasan berhampirannya.

Timbalan Penguasa Bomba, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.50 pagi dan sampai ke lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian, bersama 21 anggota termasuk tiga pegawai.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati sebuah kereta jenis Audi A6 berada dalam sungai dengan kedalaman 30 meter dan keadaan enjin yang masih hidup serta lampu kereta masih menyala.

"Pasukan penyelamat mengambil masa 30 minit untuk operasi mencari dan menyelamat, serta menyusuri sungai sejauh 100 meter untuk mencari petunjuk, tetapi gagal mengesan mangsa.

Pasukan bomba memeriksa kereta yang terjunam ke dalam sungai setelah menerima laporan orang awam.
Pasukan bomba memeriksa kereta yang terjunam ke dalam sungai setelah menerima laporan orang awam.

"Namun tidak lama selepas itu, datang seorang lelaki memaklumkan dia mengenali kereta mangsa dan memberitahu bahawa mangsa berada di rumah.

"Tinjauan di rumah mangsa mendapati, memang benar mangsa berada di rumah dalam keadaan selamat," katanya.

Tambah beliau, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zaini Abdullah dari Taman Abok Jaya, berjaya keluar dan menyelamatkan diri setelah kereta dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai pada jam 5 pagi.

Katanya, kereta tersebut ditinggalkan dalam sungai tersebut kerana lelaki itu hanya memikirkan keselamatan dirinya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!