X

Kindly register in order to view this article
!

McPhee gegar GP San Marino

John McPhee, Moto3 race, San Marino MotoGP, 13 September 2020
A
A

PELUMBA Petronas Yamaha SRT, John McPhee mengakui terlalu gembira apabila muncul selaku pemenang GP San Marino di Litar Misano, semalam.

McPhee mengungguli kategori Moto3 GP San Marino.
McPhee mengungguli kategori Moto3 GP San Marino.

McPhee berkata, kemenangan berkenaan ibarat mimpi yang menjadi kenyataan buat dirinya setelah lebih setahun tidak memenangi sebarang perlumbaan.

“Saya seperti kehilangan kata-kata ketika menaiki podium. Terima kasih kepada pasukan saya (teknikal) yang banyak membantu menyediakan jentera terbaik buat saya.

John McPhee, Moto3 race, San Marino MotoGP, 13 September 2020
John McPhee, Moto3 race, San Marino MotoGP, 13 September 2020

“Pada perlumbaan kali ini, saya bermula pada petak ke-17 dan hasil usaha keras saya di sepanjang perlumbaan, saya berjaya memintas pelumba-pelumba lain dan seterusnya muncul pemenang,” katanya.

Pada perlumbaan itu, McPhee melengkapkan 23 pusingan, dengan catatan masa 39 minit 48.952 saat dan sekali gus menewaskan dua pencabar dari Jepun Ai Ogura dan Tatsuki Suzuki.

Kemenangan itu menyaksikan McPhee yang sudah lapan tahun menyertai kelas Moto3 kini berada di pada kedudukan ketiga Kejohanan Dunia dengan 92 mata.

McPhee (kanan) meraikan kejayaan menjuarai kategori Moto3 GP San Marino hari ini.
McPhee (kanan) meraikan kejayaan menjuarai kategori Moto3 GP San Marino hari ini.

Sementara itu, rakan sepasukan McPhee, Khairul Idham Pawi yang kembali beraksi selepas pembedahan memotong jari kelingking baru-baru ini menamatkan saingan di tempat ke-21 dengan catatan masa 40 minit 07.283 saat.

Menurut Khairul Idham, dia agak sukar untuk mengendalikan jenteranya pada perlumbaan kali ini akibat pembedahan di jari tangan kanannya dua minggu lalu.

Bagaimanapun katanya, dia akan cuba memperbaiki pencapaiannya kali ini pada perlumbaan seterusnya.

“Saya masih merasai kesan akibat pembedahan dua minggu lalu. Oleh itu, harapan saya semoga kembali sembuh dan dapat berlumba seperti biasa.

“Lagi pun, kali ini saya melihat pasukan saya telah bekerja keras dan diharapkan pada perlumbaan seterusnya kita akan buat yang lebih baik,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!