X

Kindly register in order to view this article
!

Jefridin dilantik sebagai Ahli Dewan Negara

Jefridin Atan
Jefridin Atan
A
A

ISKANDAR PUTERI - Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara yang diputuskan ketika Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor bersidang hari ini.

Pemilihan Jefridin yang juga Pengerusi Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (Legasi) itu dicadangkan oleh kerajaan negeri.

Ketua Pembangkang, Aminolhuda Hassan (Amanah-Parit Yaani) turut mencadangkan nama bekas Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz bagi lantikan tersebut, bagaimanapun Speaker DUN Johor, Suhaizat Kaiat mengatakan bahawa cadangan nama dikemukakan Aminolhuda adalah tidak mengikut peraturan DUN.

"DUN hanya menerima satu nama untuk pencalonan ini. Sebarang usul pencalonan hendaklah dikemukakan 14 hari sebelum sidang DUN.

"Maka cadangan Parit Yaani untuk mencalonkan nama tersebut ditolak," katanya pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga DUN Johor ke-14 hari ini.

Suhaizan mengumumkan Jefridin sebagai Ahli Dewan Negara setelah mendapat persetujuan DUN.

Dalam pada itu Jefridin melahirkan rasa syukur di atas lantikan itu yang disifatkan sebagai tanggungjawab besar kepadanya untuk membawa suara kerajaan negeri ke Dewan Negara.

"Ini adalah kali pertama pelantikan ahli Dewan Negara dibahaskan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), dalam sistem demokrasi ini, sesiapa sahaja boleh cadangkan nama, kita terbuka menerimanya," katanya ketika ditemui di luar Sidang DUN Johor hari ini.

Pelantikan senator berkenaan adalah bagi tempoh tiga tahun.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!