Isteri Bashar al-Assad jalani rawatan barah

Asma al-Assad
Asma al-Assad
A
A
A

DAMSYIK - Isteri kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad menjalani pembedahan sebagai sebahagian daripada rawatan barah payudara peringkat awal yang dihidapinya, menurut kenyataan jurucakap presiden, semalam.

"Asma al-Assad meneruskan rawatan untuk merawat barah tersebut. Pembedahan itu berjaya dilakukan di hospital tentera Damsyik," ujarnya menerusi Facebook.

Ogos lalu, Wanita Pertama Syria itu dilaporkan mula menjalani rawatan kanser tersebut.

Sejak itu, akaun media sosial wanita itu sering memaparkan beliau memakai skarf dan turut menyertai majlis amal serta melawat kanak-kanak yang menghidap barah.

Asma yang dilahirkan pada 1975 dilihat sebagai penyokong hak progresif dan sisi moden dinasti Assad, namun wanita kelahiran Britain itu dikritik hebat kerana menyokong suaminya selepas Syria terjerumus dalam kancah perang saudara pada 2011 yang berlarutan hingga kini. - AFP

Artikel Berkaitan: