Polis kesan saksi kes penunggang motosikal maut digilis

Kemalangan membabitkan mangsa maut di Persiaran 6, Puncak Alam di sini hari ini.
Kemalangan membabitkan mangsa maut di Persiaran 6, Puncak Alam di sini hari ini.
A
A
A

PUNCAK ALAM - Polis mencari saksi kemalangan yang menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal dalam kejadian di Persiaran 6, Puncak Alam di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada jam 8.15 pagi tadi, penunggang motosikal, Faizul Farez Zulkifli, 19, yang beralamat di Taman Cempaka, Ampang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Meru menghala ke Kuala Selangor.

"Mangsa hilang kawalan ketika cuba mengelak lopak air dan terbabas lalu jatuh ke laluan bertentangan.

"Pada masa sama sebuah kereta disyaki Proton Perdana yang melalui jalan bertentangan tidak sempat mengelak terus melanggar mangsa yang terbaring di atas jalan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Ramli berkata, akibat kemalangan itu, mangsa cedera parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Sehingga kini, kita masih mengesan saksi bebas untuk tampil membantu siasatan berhubung kemalangan ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: