'Sudah sampai masa ada penasihat syariah di setiap agensi kerajaan'

Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyampaikan ucapan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat ke-59 di Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Pulai Chondong, di sini hari ini. - Foto Bernama
Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menyampaikan ucapan pada Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Pusat ke-59 di Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Pulai Chondong, di sini hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

MACHANG - Dewan Ulamak Pas Pusat mencadangkan pucuk pimpinan tertinggi negara mewujudkan penasihat syariah dalam memacu pentadbiran negara di bawah pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada masa depan.

Ketuanya, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kehadiran penasihat syariah bagi setiap peringkat dan agensi kerajaan mampu memastikan segala urusan dikendali dan dilaksana menepati piawaian Islam terutama dalam soal ‘halalan’ dan ‘toyyiban’.

"Kini sudah tiba masanya setiap agensi kerajaan sekurang-kurangnya mesti mempunyai seorang penasihat syariah.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewan Ulamak Pas garis lima tonggak bina perpaduan nasional

Muktamar Pas: PRU15, PRN Sabah, prestasi Kabinet jadi tumpuan

"Hal ini diyakini akan mengangkat penghormatan dan kewibawaan kerajaan sendiri dalam menterjemah kedudukan Islam sebagai agama negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali ke- 59 di Markaz Dewan Ulamak (MADU) Kelantan di Pulai Chondong di sini, hari ini.

Perasmian majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Ahmad Yakub.

Artikel Berkaitan:

Nik Zawawi (kiri) ketika merasmikan himpunan puisi semasa Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali ke- 59 di Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Pulai Chondong, di sini hari ini.
Nik Zawawi (kiri) ketika merasmikan himpunan puisi semasa Muktamar Tahunan Dewan Ulamak Pas Kali ke- 59 di Markaz Dewan Ulamak (Madu) di Pulai Chondong, di sini hari ini.

Menurutnya, Dewan Ulamak Pas Pusat sedia berkongsi ilmu dengan menyediakan pakar yang terdiri daripada ahli Pas untuk mengambil peranan dan mengisi keperluan berkaitan perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Nik Zawawi yang juga Ahli Parlimen Pasir Puteh meminta golongan ulama untuk memanfaatkan kemudahan media sosial bagi memperkasakan dakwah di negara ini.

Katanya, kemudahan itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin kerana ia merupakan salah satu kuasa yang boleh memberikan kebaikan kepada umat Islam.

"Saya berharap ulamak dapat bergiat aktif menggunakan kuasa media sosial bagi menyebarkan dakwah dalam masyarakat.

"Kerajaan Perikatan Nasional membuka pintu dakwah yang sangat luas bagi memahamkan masyarakat kepada Islam dan menghayatinya dalam membina tamadun Islam," katanya.