Jumlah mangsa banjir di Kota Marudu berkurangan

No Image Caption
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Marudu berkurangan kepada 1,990 orang daripada 504 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan di sini hari ini berkata jumlah mangsa telah menurun berbanding semalam iaitu seramai 2,757 orang daripada 789 keluarga.

"Kesemua mangsa banjir ditempatkan di 10 PPS berbanding 12 PPS yang dibuka sejak 25 Jan lalu. Dua PPS telah ditutup," kata kenyataan itu.

Sementara di daerah kecil Paitan, jumlah mangsa telah meningkat kepada 124 orang daripada 30 keluarga di tiga PPS.

Semalam, jumlah mangsa di Paitan hanya 83 orang daripada 22 keluarga di dua PPS manakala di Pitas jumlah mangsa kekal iaitu seramai 27 orang daripada lapan keluarga di dua PPS. - Bernama

Artikel Berkaitan: