Kerajaan akan tubuh jawatankuasa baharu MA63

Wan Junaidi. - Foto: Sumber Internet
Wan Junaidi. - Foto: Sumber Internet
A
A
A

KUCHING - Kerajaan akan menubuhkan jawatankuasa baharu bagi meneliti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Perkara itu dimaklumkan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata, keputusan berkenaan dibuat oleh Jemaah Menteri semasa mesyuarat Kabinet semalam.

Jawatankuasa baharu ini adalah bagi menggantikan jawatankuasa sedia ada yang ditubuhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan dan sumbangan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan bantuan perubatan bagi Parlimen Santubong di sini hari ini.

Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata, berdasarkan mesyuarat Jemaah Menteri semalam, jawatankuasa baharu itu akan meneruskan penelitian terhadap penemuan oleh jawatankuasa semasa.

“Ini bukan bermakna kita akan bermula dari bawah semula, tetapi kita akan meneruskan dapatan daripada jawatankuasa sebelum ini dalam mengembalikan hak-hak Sarawak dan Sabah,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: