UKKM muncul universiti khas keusahawanan dan koperasi terawal ASEAN

Ewon (barisan dua dari depan, lima dari kiri) dan Mohd Ali (barudan dua dari depan, lima dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim dan peserta Bicara Ilmu Ramadan pada Selasa.
Ewon (barisan dua dari depan, lima dari kiri) dan Mohd Ali (barudan dua dari depan, lima dari kanan) bergambar bersama anak-anak yatim dan peserta Bicara Ilmu Ramadan pada Selasa.
A
A
A

PETALING JAYA - Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) kendalian Institut Koperasi Malaysia (IKMa) yang dijadualkan beroperasi Julai ini bakal muncul sebagai antara universiti khas keusahawanan dan koperasi terawal di ASEAN.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, penubuhan universiti itu pastinya akan menarik minat para pelajar di rantau Asia terutama dari negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei dan Filipina untuk mendapatkan pendidikan di universiti tersebut.

Katanya, IKMa juga telah mengambil tindakan proaktif mewujudkan jalinan kerjasama strategik dengan universiti pengurusan koperasi di Indonesia iaitu Universiti IKOPIN pada 15 Februari lalu.

“Antara skop jalinan stategik yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah pertukaran kepakaran dalam pembangunan dan pendidikan koperasi, program mobiliti pelajar iaitu pertukaran pelajar dalam bidang koperasi antara IKMa, UKKM dan IKOPIN serta melaksanakan kerjasama dalam latihan dan penyelidikan bidang koperasi.