Caj 0.02 peratus: Kerajaan tidak pernah buat keputusan, kata Annuar

Ciapan Annuar di Twitter berhubung caj perkhidmatan bagi urus niaga dalam talian.
Ciapan Annuar di Twitter berhubung caj perkhidmatan bagi urus niaga dalam talian.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan tidak pernah membuat sebarang keputusan untuk mengenakan sebarang caj perkhidmatan bagi urus niaga dalam talian.

Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa berkata, sekiranya cadangan sedemikian dibawa ke peringkat Kabinet sekalipun beliau pasti akan membantahnya.

“Bayaran perkhidmatan untuk urus niaga dalam talian? Tidak kira berapa (kadarnya), kerajaan tak pernah buat keputusan begini.

"Jika dibawa Kabinet, saya pasti akan bantah!" ciap Annuar di Twitternya petang ini.

Ciapan Ahli Parlimen Ketereh itu dipercayai sebagai reaksi kepada kenyataan dibuat Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin hari ini.

Zahidi dilaporkan berkata, kerajaan bercadang untuk mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 0.02 peratus kepada pembelian yang dibuat secara dalam talian termasuk portal e-dagang, Lazada dan Shopee.

Menurutnya, caj perkhidmatan dikenakan serendah 20 sen bagi pembelian RM1,000 ke bawah.

Bagaimanapun, katanya, pembelian minimum bagi membolehkan caj perkhidmatan dikenakan belum ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri suatu program di Bachok, Kelantan hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: KKMM cadang rakyat guna e-dagang dikenakan caj 20 sen