Bapa kanak-kanak pandu lori tangki direman

Tangkap layar video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
Tangkap layar video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Bapa kepada kanak-kanak lelaki yang videonya memandu lori tangki tular di aplikasi WhatsApp semalam sudah ditahan reman.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, lelaki berusia 39 tahun itu direman dua hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut selepas ditahan polis di Rantau semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak itu berusia 11 tahun dan polis telah menahan bapanya mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Semalam Sinar Harian melaporkan insiden seorang kanak-kanak memandu lori tangki.

Video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp.

Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

Video berkenaan muncul selepas video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Kanak-kanak pandu lori pula tular

Artikel Berkaitan: