X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

Kanak-kanak pandu lori pula tular

Video kanak-kanak yang membawa lori dipercayai berlaku di Rantau, Negeri Sembilan. Lori yang dipandu kanak-kanak berkenaan.
A
A

SEREMBAN - Selepas tular video seorang kanak-kanak Tahun Tiga memandu kereta di Rembau, muncul pula video seorang kanak-kanak memandu lori tangki dipercayai berlaku di Rantau di sini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, video berdurasi 1:18 minit yang memaparkan sorang kanak-kanak lelaki sedang mengalihkan lori itu tular menerusi aplikasi WhatsApp petang tadi.

Sehubungan itu, beliau berkata, polis kini sedang mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Berdasarkan video itu, kanak-kanak lelaki berkenaan memandu sebuah lori jenis Hino dan semakan mendapati ia berlaku di kawasan Rantau di sini.

"Satu laporan polis telah diterima berkaitan video yang tular itu kerana bapa kanak-kanak tersebut dengan cuai membiarkan anak bawah umur memandu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Said berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

ARTIKEL BERKAITAN Polis cari kanak-kanak darjah tiga pandu kereta

Bapa kanak-kanak pandu kereta disaman


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!